Khamis, 29 Mac 2012

Muhammad Anuar Bin Mohd Ismail.
FORMAT PENTAKSIRAN BAGI
MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756
(MULAI SPM 2004)
Bil.
Perkara
Kertas 1
(3756/1)
Kertas 2
(3756/2)
1
Jenis Instrumen
Ujian Objektif
Ujian Subjektif
2
Jenis Item
Aneka Pilihan dan Gabungan
Respons Terhad dan Struktur
3
Bilangan Soalan
40 soalan (jawab semua)
Bahagian A
4 soalan (Jawab semua)
Bahagian B
2 soalan (Pilih 1)
4
Jumlah Markah
40
Bahagian A
Jumlah markah 68
Bahagian B
Jumlah markah 12
Jumlah keseluruhan : 80
5
Tempoh Ujian
1 jam 15 minit
2 jam 30 minit
6
Wajaran Konstruk
Pengetahuan dan
Kefahaman - 80%
Kemahiran - 20%
Pengetahuan dan
Kefahaman - 20%
Kemahiran - 75%
Nilai  - 5%
7
Cakupan Konteks
Semua bidang pembelajaran dari Tingkatan 4 dan 5
Semua bidang pembelajaran dari Tingkatan 4 dan 5
8
Aras Kesukaran
Rendah     - R
Sederhana - S
Tinggi       - T
R : S : T = 6 : 3 : 1
R : S : T = 4 : 3 : 3
Keseluruhan
R : S : T = 5 : 3 : 2
9
Alatan Tambahan
a. Kalkulator Saintifik
a. Kalkulator Saintifik
b. Buku Tunai
c. Jurnal
d. Lejar
e. Lembaran Kerja

BAB 1 : PENGENALAN

NOTA RINGKAS

Perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan.

Simpan kira
Perakaunan
Simpan kira merupakan peringkat awal dalam proses perakaunan
Perakaunan merupakan proses perekodan maklumat akaun yang seterusnya
Simpan kira ialah merekod urus niaga dengan teratur dan tepat secara sistem catatan bergu
Perakaunan meliputi kerja merekod, mendaftar, mengklasifikasikan dan menganalisis
Ia merupakan satu aspek kecil dalam proses perakaunan
Ia merangkumi bidang yang lebih luas
Kerja simpan kira ialah satu proses yang mekanikal dan rutin
Kerja perakaunan adalah lebih rumit dan memerlukan pengetahuan yang profesional

 

Perbezaan antara organisasi perniagaan di Malaysia.

Bil.
Milikan Tunggal
Perkongsian
Syarikat Berhad
1
Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja
Dimiliki oleh dua hingga dua puluh orang pekongsi
Dimilik oleh ramai pemilik syer
2
Modal sedikit
Modal sederhana
Modal banyak
3
Perniagaan mudah ditubuhkan
Pembentukan agak mudah. Ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961
Penubuhan adalah rumit. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
4
Dikawal dan diuruskan oleh seorang pemilik
Diuruskan oleh beberapa pekongsi aktif
Pengurusan dilaksanakan oleh lembaga pengarah
5
Liabiliti tidak terhad
Liabiliti tidak terhad
Liabiliti terhad kepada nilai syer
6
Pemilik mendapat semua untung
Keuntungan dikongsi antara pekongsi mengikut perjanjian
Keuntungan dibahagi kepada pemegang syer dalam bentuk dividen
7
Kos pengendalian rendah
Kos pengendalian sederhana
Kos pengendalian tinggi
8
Contoh: kedai runcit, klinik, bengkel kereta
Contoh: Restoran, Pasar raya, firma guaman, firma akauntan
Contoh: kebanyakan perusahaan besar seperti Sime Darby Berhad

 

Konsep dan Prinsip Perakaunan yang asas:

Bil.
Konsep/Prinsip
Keterangan
Rujukan Langsung dari wikipedia
1
Entiti berasingan
Pemilik dan perniagaan merupakan dua pihak berasingan.

2
Badan berterusan
Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek.
3
Wang sebagai ukuran
Hanya item yang boleh dinilaikan dalam wang direkodkan dalam buku akaun.

4
Kos sejarah
Urus niaga direkod berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut walaupun nilai semasa boleh berubah.
5
Tempoh perakaunan
Hayat perniagaan dibahagikan kepada tempoh yang sama dan tetap.

6
Konsep pemadanan
Semua hasil mesti dipadanka dengan belanja dalam sesuatu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan.
7
Prinsip catatan bergu
Setiap urus niaga direkod dalam dua akaun yang berasingan di sebelah yang bertentangan dengan amaun yang sama.
8
Ketekalan
Item perakaunan yang serupa dikendalikan dengan cara yang sama, konsisten, pada setiap tempoh perakaunan.

9
Materialiti
Item perakaunan yang penting sahaja diambil kira dalam penyediaan laporan kewangan.
Rujukan lain dari internet (BM): wikipedia



Kitaran Perakaunan





APA ITU ASET PERNIAGAAN?
PENGERTIAN
KETERANGAN
JENIS
Harta perniagaan yang digunakan untuk menjalankan perniagaan.
Mendatangkan hasil pada masa akan datang.
ASET SEMASA
ASET BUKAN SEMASA
Aset yang mudah ditukarkan kepada tunai.
Contoh: Stok, Penghutang, Bank, Tunai, Belanja terdahulu, Hasil terakru
Aset dibeli bukan bertujuan untuk dijual semula.
Contoh: Bangunan, Perabot, Mesin, Kenderaan, Lengkapan

APA ITU LIABILITI PERNIAGAAN?
PENGERTIAN
KETERANGAN
JENIS
Hutang perniagaan kepada pihak luar
Dijelaskan dalam bentuk wang tunai, barangan atau perkhidmatan
LIABILITI SEMASA
LIABILITI BUKAN SEMASA
Boleh dijelaskan dalam satu tempoh perakaunan.
Contoh: Pemiutang, Overdraf bank, Hasil terdahulu, Belanja terakru
Dijelaskan dalam tempoh lebih dari satu tahun kewangan.
Contoh: Gadai janji, pinjaman bank


APA ITU EKUITI PEMILIK PERNIAGAAN?
PENGERTIAN
KETERANGAN
JENIS
Pelaburan pemilik dalam perniagaan
Sumbernya bergantung kepada bentuk organisasi.
Ambilan oleh pemilik akan mengurangkan ekuiti pemilik
Terdiri daripada:
  • modal pemilik yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan.
  • keuntungan atau kerugian daripada kegiatan perniagaan.

APA ITU HASIL PERNIAGAAN?
PENGERTIAN
KETERANGAN
JENIS
Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima
Mendatangkan keuntungan kepada perniagaan
HASIL KENDALIAN
HASIL BUKAN KENDALIAN
Hasil yang diperoleh dari kegiatan utama perniagaan
Contoh: jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan
Hasil yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama.
Contoh: Sewa diterima, faedah dari simpanan bank, dividen



APA ITU BELANJA PERNIAGAAN?
PENGERTIAN
KETERANGAN
JENIS
Wang yang dibayar atau yang akan dibayar
Akan mengurangkan keuntungan perniagaan.
Merupakan kos yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil
BELANJA KENDALIAN
BELANJA BUKAN KENDALIAN
Belanja yang berkaitan secara langsung dalam menjalankan aktiviti utama perniagan.
Contoh: Kos pengangkutan, upah, iklan, sewa, gaji, elektrik, air
Belanja yang tidak berkaitan secara langsung dengan aktiviti utama.
Contoh: Faedah pinjaman bank, susut nilai aset tetap, rugi atas jualan aset


BORANG PESANAN
  • Borang pesanan merupakan borang yang digunakan untuk membuat pesanan untuk membeli barang.
  • Aktiviti belian akan bermula selepas pembeli meneliti sebut harga, senarai harga dan katalog.
  • Borang ini dihantar oleh pembeli kepada penjual.
  • Pembeli akan membuat pesanan barang niaga dengan menghantar borang pesanan belian kepada penjual.
  • Butiran berdasarkan maklumat dalam katalog.
  • Harga yang dinyatakan adalah berdasarkan sebut harga.
  • Maklumat dalam pesanan belian tidak perlu dimasukkan ke mana-mana bukup perakaunan sebab proses jual beli belum bermula lagi.







INVOIS
  • Setelah penjual menerima pesanan belian daripada pembeli, penjual akan menghantar barang niaga kepada pembeli bersama dengan nota serahan.
  • Pembeli akan menyemak barang niaga yang diterima dengan nota serahan dan menandatanganinya.
  • Penjual pula akan menyediakan invois berdasarkan nota serahan yang disahkan oleh pembeli.
  • Invois merupakan dokumen perniagaan yang penting dalam urus niaga jual beli secara kredit.
  • Invois disediakan dalam tiga salinan, satu salinan asal dihantar kepada pembeli dan dua salinan lain digunakan oleh penjual sebagai rujukan.
  •  
  • Invois adalah dokumen penting yang digunakan sebagai sumber rekod perakaunan. Pembeli merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Belian manakala penjual merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Jualan.
  • Maklumat penting yang terdapat dalam invois ialah:
    • Nama dan alamat penjual
    • Nama dan alamat pembeli
    • Tarikh invois disediakan
    • Nombor invois, butir, kuantiti, harga seunit dan jumlah
    • Syarat-syarat urus niaga seperti:
      • Ang. dib - Singkatan bagi angkutan dibayar bermakna kos pengangkutan dibiayai oleh penjual
      • Diskaun tunai - Potongan yang diberi sebab bayaran dibuat dengan cepat, contoh 5% 10 hari bermaksud 5% diskaun tunai akan diberi jika pelanggan membayar dalam tempoh 10 hari.
      • K & K di K - Singkatan bagi kesilapan dan ketinggalan dikecualikan bermakna sebarang kesilapan dan ketinggalan boleh dibetulkan dengan menggunakan nota debit dan nota kredit.


NOTA DEBIT
  • Nota Debit merupakan dokumen yang digunakan untuk menambahkan hutang pembeli kerana mungkin invois yang dihantar terkurang catat.
  • Nota Debit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
  • Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.


NOTA KREDIT
  • Nota Kredit merupakan dokumen yang dihantar untuk mengurangkan hutang pembeli.
  • Dokumen ini akan dihantar apabila pembeli memulangkan bekas kosong, pembeli memulangkan barang kerana rosak atau silap jenama dan jika ada kesilapan dalam pengiraan invois.
  • Nota Kredit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
  • Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.


RESIT
  • Resit merupakan dokumen bukti bayaran telah dibuat.
  • Dokumen asal diberikan kepada pembayar dan salinan disimpan oleh penerima bayaran.
  • Pembayar akan menggunakan resit asal untuk membuat catatan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai.
  • Penerima bayaran akan menggunakan salinan resit untuk membuat catatan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai.







Slip Bank/Slip Wang Tunai Masuk
  • Slip bank digunakan apabila peniaga membuat simpanan ke dalam Akaun Semasa perniagaan di dalam bank.
  • Slip bank disediakan oleh bank dan peniaga menyimpan slip bank asal.
  • Urus niaga ini merupakan catatan kontra dalam Buku Tunai di mana wang tunai perniagaan dimasukkan ke bank.




Cek dan Keratan Cek
  • Keratan cek merupakan pengesahan pembayaran yang dibuat dengan cek.
  • Apabila cek dikeluarkan kepada penerima bayaran, keratan cek disimpan oleh peniaga sebagai bukti bahawa bayaran telah dibuat.


BIL TUNAI
  • Bil Tunai merupakan dokumen untuk merekodkan:
    • belian dan jualan barang niaga secara tunai atau cek.
    • belian dan jualan aset bukan semasa secara tunai atau cek.
  • Bil Tunai disediakan oleh penjual.
  • Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli diberi dokumen asal.


SLIP DAFTAR TUNAI
  • Slip daftar tunai merupakan dokumen perniagaan yang merekodkan belian atau jualan barang niaga secara tunai.
  • Slip ini disediakan oleh penjual melalui mesin daftar tunai.


BAUCAR PEMBAYARAN
  • Baucar Pembayaran merupakan dokumen pengesahan perbelanjaan yang telah dibuat secara tunai atau cek.
  • Antara kegunan baucar pembayaran ialah pembayaran gaji pekerja.
  • Peniaga akan menyimpan dokumen salinan dan dokumen asal akan diberikan kepada penerima pembayaran.



MEMO
  • Memo merupakan dokumen peringatan urus niaga yang berlaku antara pemilik perniagaan dengan perniagaan.
  • Urus niaga yang menggunakan memo:
    • pemilik mengambil barang niaga atau tunai untuk kegunaan sendiri, pengiklanan atau derma.
    • peniaga membawa masuk aset peribadi atau tunai ke dalam perniagaan.





MAKLUMAN DEBIT
  • Makluman Debit merupakan pemberitahuan oleh bank bahawa akaun peniaga di bank tersebut telah didebitkan atau berlaku pengurangan deposit.
  • Makluman Debit selalunya akan dihantar oleh bank melalui pos kepada peniaga.
  • Peniaga perlu bertindak dengan mengkreditkan Buku Tunainya memandangkan terdapat wang keluar.



MAKLUMAN KREDIT
  • Makluman Kredit merupakan pemberitahuan oleh bank bahawa akaun peniaga di bank tersebut telah dikreditkan atau berlaku penambahan deposit.
  • Makluman Kredit selalunya akan dihantar oleh bank melalui pos kepada peniaga.
  • Peniaga perlu bertindak dengan mendebitkan Buku Tunainya memandangkan terdapat wang masuk.




PENYATA AKAUN
  • Penyata akaun merupakan dokumen yang digunakan untuk mengingatkan penghutang tentang jumlah hutangnya.
  • Senarai semak yang dihantar oleh pemiutang kepada penghutang dengan menyenaraikan setiap urus niaga yang telah berlaku antara pembeli dan penjual dalam sesuatu bulan.
  • Penyata Akaun hanyalah rujukan penghutang, tidak melibatkan apa-apa catatan urus niaga di dalam buku akaun penghutang.




BIL-BIL LAIN
  • Bil-bil lain terdiri daripada pembayaran utiliti kepada pihak tertentu seperti Jabatan Bekalan Air negeri, Tenaga Nasional, Sabah Elektrik Sdn Bhd, Telekom Malaysia dan sebagainya.
  • Keratan bayaran disimpan oleh peniaga dengan sokongan baucar sebagai bukti wang telah dikeluarkan.





Apa itu belanjawan tunai?
Belanjawan tunai merupakan satu jadual yang menunjukkan anggaran tunai masuk dan tunai keluar bagi sesuatu tempoh.

Kepentingan belanjawan tunai:

a)                  memberi maklumat tentang penerimaan tunai, pembayaran tunai dan bakinya bagi satu tempoh tertentu
b)                  menunjukkan keupayaan tunai sesebuah perniagaan sama ada mampu membayar hutangnya atau tidak
c)                  membantu perniagaan merancang pendapatan dan perbelanjaannya
d)                  membantu perniagaan mengawal penggunaan wang dan membelanja wang mengikut keutamaan
e)                  membolehkan perniagaan membandingkan pendapatan dan perbelanjaan sebenar dengan anggaran yang telah dibuat
f)                    sebagai panduan kepada pihak bank untuk meluluskan permohonan pinjaman sesebuah perniagaan

Cara menyediakan belanjawan tunai yang mudah

Belanjawan tunai disediakan dengan format berlajur seperti di bawah:

Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2006
Butir
Jan
Feb
Mac

RM
RM
RM
Baki awal



Penerimaan











Jumlah(a)











Pembayaran











Jumlah(b)







Baki akhir





Panduan Penyediaan

a)                  Mulakan dengan baki awal wang tunai(jika ada)
b)                  Catatkan semua anggaran tunai pada setiap bulan.Campurkan baki awal tunai dengan semua anggaran tunai pada sesuatu bulan untuk mendapatkan jumlah(a)
c)                  Catatkan semua anggaran pembayaran tunai pada setiap bulan.Jumlahkan anggaran pembayaran untuk mendapatkan (b)
d)                  Tolakkan (a) dengan (b) untuk mendapatkan baki akhir tunai pada sesuatu bulan.

Tips Penting

a)                  Baki akhir bulan Januari akan menjadi baki awal bulan Februari dan seterusnya.
b)                Butir-butir seperti susut nilai aset bukan semasa, hutang lapuk, peruntukan hutang ragu, belian kredit dan jualan kredit tidak direkodkan ke dalam belanjawan tunai. 


  ANALISIS AGIHAN SOALAN SPM BAGI
KERTAS PRINSIP PERAKAUNAN
TAJUK UTAMA
2004
2005
2006
K1
K2
K1
K2
K1
K2
Bh. A
Bh. B
Bh. A
Bh. B
Bh. A
Bh. B
TINGKATAN EMPAT









1.     Pengenalan
4
-
-
2
-
-
1
-
-
2.     Aset, Liabiliti Dan Ekuiti Pemilik, Hasil Dan Belanja
3
-
-
5
-
-
3
-
-
  2a.   Persamaan Perakaunan dan Kunci Kira-kira

S4
-


-


-
3.     Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Rekod Perakaunan
3
S1
-
1
S1
-
4
S1
-
4.     Buku Catatan Pertama
3
(S1a)
-
9
(S1a)
-
2
(S1a)
-
5.     Lejar
2
(S1b)
-
3
(S1b)
-
3
(S1b)
-
6.     Imbangan Duga
1
(S1c)
-
1
(S1c)
-
3
(S1c)
-
7.     Penutupan Akaun Dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal
5
S4
-
1
S2
-
6
-
-
8.     Penggunaan Komputer Dalam Perakaunan
-
-
-
-
-
-
-
-
-










TINGKATAN LIMA









1.    Akaun Kawalan
1
-
-
2
-
-
2
-
-
2.    Pembetulan Kesilapan
1
-
-
-
-
-
1
-
-
3.    Perakaunan Untuk Tunai









 3a.  Penyata Penyesuaian Bank
1
-
-
2
-
-
1
S3
-
 3b.  Belanjawan Tunai
1
S3
-
-
-
-
1
-
-
4.    Perkongsian









 4a.  Perkongsian
3
-
-
3
-
S5
3
-
-
 4b.  Laporan Kewangan Perkongsian
-
S2
-
-
-
-
-
S2
-
 4c.  Pembubaran Perkongsian
1
-
-
-
-
-
-
-
-
5.    Syarikat Berhad
3
-
-
4
S4
-
3
S4
-
6.    Akaun Kelab Dan Persatuan
3
-
-
1
-
S6
3
-
-
7.    Rekod Tak Lengkap
1
-
-
2
-
-
2
-
-
8.    Pengenalan Kepada Perakaunan Kos









 8a.   Akaun Pengeluaran
2
-
S5
-
S3
-
1
-
S6
 8b.   Analisis Kos Volum Untung
1
-
-
2
-
-
1
-
-
9.    Tafsiran Penyataan Kewangan
1
-
S6
2
-
-
-
-
S5
10.  Penggunaan Komputer Dalam Perakaunan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
JUMLAH SOALAN
40
4
2
40
4
2
40
4
2

Strategi Mengejar 1A dalam Prinsip Perakaunan SPM
Untuk mengejar 1A, pelajar sudah semestinya sudah menguasai hampir kesemua kemahiran perakaunan dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Bagaimana pula bagi pelajar yang kurang berkemahiran? Di sini cikgu boleh mencadangkan beberapa perkara yang harus dilakukan pelajar walaupun ia tidak menguasai semua kemahiran.

KERTAS 1
1.
Baca dulu semua nota atau buku rujukan sekurang-kurangnya 2 kali. Selepas itu, pelajar buat drilling, iaitu menumpu kepada soalan-soalan objektif (aneka pilihan) dalam mana-mana buku latihan seperti set klon soalan SPM dan sebagainya. Pastikan juga pelajar melakukan aktiviti itu mengikut tempoh masa sebenar iaitu 1 jam 15 minit. Selepas tamat sesi menjawab Kertas 1, semak jawapan sendiri dan kenal pasti soalan mana yang salah dan buat semakan dalam buku teks/rujukan untuk mengetahui jawapan sebenar. Pada sesi lain, jawab set 2 dan lakukan perkara yang sama. Sesi seterusnya, jangan jawab set 3, sebaliknya jawab set 1. Tujuannya ialah untuk menguji sama ada pelajar telah mengingati atau tidak kesalahan yang lalu dan sama ada telah mahir kaedah jawapan yang betul.
Untuk memperoleh 1A, sebaiknya pelajar dapat mengumpul sekurang-kurangnya 25 soalan betul dari 40 soalan. Ini bermakna anda telah megumpul 25/120 markah. Sudah tentu lebih baik lagi jika, dapat markah penuh, iaitu 40/40!

KERTAS 2 (penting kepada penggemar 1A)
2.
Soalan 1, yang lebih dikenali sebagai soalan 'kitaran perakaunan' menjanjikan markah terbesar, 28-30 markah. Untuk 1A sudah tentu pelajar mesti menguasai simpan kira. Simpan kira? Ya, pelajar-pelajar, sebenarnya soalan 1 masih lagi menguji kemahiran simpan kira pelajar SPM. Simpan kira sebenarnya mudah, ianya cuma menguji keupayaan pelajar membuat catatan di dalam Buku Catatan Pertama (selalunya 8-10 markah), kemudiannya mengepos ke lejar (10-14 markah), dan akhir sekali menyenaraikan akaun-akaun di dalam imbangan duga (8-10 markah). Berikan penumpuan kepada Buku Catatan Pertama terlebih dahulu terutamanya bagaimana menyediakan Buku Tunai. Jurnal-jurna am selalunya menghadiahkan 3 markah, disusuli Jurnal khas seperti Jurnal Belian (1-1.5 markah), Jurnal Jualan (1-1.5 markah), dan kadang kala Jurnal Pulangan Jualan atau Jurnal Pulangan Belian (1 markah). Buku Tunai adalah terpenting kerana menghadiahkan 5-7 markah.
Kemahiran Lejar agak terhad pengujiannya. Peringkat SPM tidak mewajibkan pelajar menyediakan Buku Lejar Khas. Pengimbangan akaun juga tidak dimestikan, malahan tiada markah. Oleh itu, pelajar-pelajar sederhana juga boleh mencapai 1A jika dapat menumpukan kepada kemahiran catatan bergu, dan jimatkan masa dengan mengimbangkan akaun-akaun yang mempunyai 2 atau lebih item.
Penyediaan Imbangan Duga tidak memerlukan kemahiran tertinggi, cukup sekadar mengetahui bahawa semua baki akhir semua akaun di dalam buku lejar dan BUKU TUNAI di salin dan disenaraikan mengikut format penyediaan Imbangan Duga. Kepada pelajar-pelajar sederhana, jangan terlalu risau kenapa Imbangan Duga tidak imbang, semak kalau-kalau tertinggal diskaun diterima/diberi, aset dalam catatan pembukaan atau terlupa buku tunai. ID yang seimbang juga tidak menjanjikan ketepatan jawapan, mana tau ada kesilapan tak ketara. Kepada pelajar-pelajar cekap, sudah tentu Imbangan Duga pasti imbang, dan ia menimbulkan kepuasan yang mendalam.
3.
Selepas kemahiran utama di asah untuk soalan 1, pelajar-pelajar bolehlah menumpukan kepada soalan 2, yang selalunya menjanjikan pulangan markah kedua tertinggi, 16-18 markah. Soalan 2 juga mudah diramal, ianya kerap kali akan menyentuh kemahiran:
a. Penyediaan Lembaran kerja
b. Penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira milikan tunggal.
c. Penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira perniagaan perkongsian.
Perkara a. dan b. sebenarnya tersangat mudah diramal. Ianya mesti menguji kemahiran pelajar membuat pelarasan yang berkaitan dengan:
i.    belanja belum bayar/terakru atau terlebih bayar/terdahulu, atau
ii.   hasil belum diterima/terakru atau hasil terima dahulu/terdahulu, dan
iii.  Penyediaan peruntukan hutang ragu, semestinya selepas hutang lapuk ditolak, dan
iv.  pengiraan dan pelarasan peruntukan susut nilai aset bukan semasa (1 aset shj) dan belanja susut nilai. dan
v.   memasukkan stok akhir, pilih nilai terendah antara kos asal atau nilai pasaran, dan
vi.  kadang kala hutang lapuk.
Perkara yang sama juga di uji dalam perkara c. dengan pengujian menumpu kepada akaun pengasingan untung rugi. Pelajar harus mengingat bahawa dalam Akaun PUR, sebelah kredit ialah Faedah atas ambilan, sebelah debit ialah Faedah atas Modal, Gaji Pekongsi, Elaun Pekongsi.
4.
Daripada tips di atas, jika pelajar dapat merealisasikan strategi ini, pelajar telahpun mengumpul markah iaitu 25 + 29 + 18 = 72 markah. Ditukar kepada peratus, 72/120 x 100% = 60 markah. Selalunya ia telahpun meletakkan pelajar dalam keadaan selesa, status kepujian dalam tangan, mungkin 5C, 4C atau lebih tinggi lagi. Persoalan sekarang nak dapatkan 1A, maka perlu sekurang-kurangnya 20 markah. Mana nak dapat sebanyak tu?
5.
Untuk memperoleh 20 markah, pelajar terpaksalah berusaha lebih, iaitu menguasai bab-bab dalam T5 pula. Apa bab yang ingin dikuasai, bergantung kepada persepsi pelajar sendiri. Namun begitu pelajar bolehlah mengkaji analisis agihan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan membuat keputusan yang lebih analitikal. Kepada cikgu, pelajar bolehlah melihat-lihat kalau-kalau belanjawan tunai akan ditanya tahun 2007 ini. Begitu juga dengan akaun kawalan kerana dah lama tidak ditanya.
Nah, cikgu sudahpun mengutarakan tips bagaimana nak mengatur strategi untuk mengumpul markah. Apa yang harus kamu lakukan pula ialah untuk mengatur strategi belajar pula. Apalah maknanya mengetahui soalan yang akan ditanya jika strategi belajar diabaikan. Belajar 15-17 jam seminggu untuk semua subjek mungkin sesuai untuk pelajar. Darinya, sediakan sekurang-kurangnya 1-3 jam seminggu  untuk memantapkan kemahiran anda.
Bottom of Form


                                                                ( SOALAN )
Perniagaan Simul
Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006

RM

RM



Kos Barang untuk Dijual
9000


Tolak: 


Kos Jualan
7800





15000

15000



Masukkan maklumat di bawah:
| Jualan | Stok Awal | Stok Akhir | Belian | Untung Kasar | 7200 | 1200 | 1000 | 8000 |





( JAWAPAN )
Perniagaan Simul
Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006

RM

RM
Stok Awal
1000
 Jualan
15000
Belian
8000


Kos Barang untuk Dijual
9000


Tolak: Stok Akhir
1200


Kos Jualan
7800


Untung Kasar
7200



15000

15000







1 ) Prinsip ini menyatakan bahawa amalan merekod semua aset adalah berdasarkan pada harga kos (harga beli) dan bukannya pada nilai semasa.
Apakah prinsip perakaunan yang terlibat.
  1.   ?    Pemadanan.
  2.   ?    Kos sejarah.
  3.   ?    Kos pasaran.
  4.   ?    Penilaian Semula.
  5.  
Hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan sahaja akan direkodkan dalam buku perniagaan

2 ) Konsep perakaunan yang manakah berkaitan dengan pernyataan tersebut?
  1.   ?    Wang sebagai ukuran
  2.   ?    Kos bersejarah
  3.   ?    Entiti berasingan
  4.   ?    Pemadanan
  5.  
3 ) Kos sejarah sesuatu aset adalah
  1.   ?    nilai pasaran aset tersebut.
  2.   ?    kos untuk menggantikan aset tersebut pada masa kini.
  3.   ?    kos belian pada tarikh urus niaga itu berlaku.
  4.   ?    nilai buku aset tersebut.

4 ) Antara berikut, pihak manakah yang tidak mementingkan maklumat kewangan sesebuah syarikat?
  1.   ?    Pihak pengurusan
  2.   ?    Pemiutang perniagaan
  3.   ?    Pembeli barang syarikat
  4.   ?    Lembaga Hasil Dalam Negeri


5 ) Pada setiap akhir tempoh perakaunan, Perniagaan Yazir menyusutnilaikan kenderaan perniagaan pada kadar 20% setahun atas kos.
Apakah konsep perakaunan yang dipatuhioleh Perniagaan Yazir?
  1.   ?    Kos Sejarah.
  2.   ?    Pemadanan.
  3.   ?    Tempoh perakaunan.
  4.   ?    Ketekalan.

Syarikat Awang Sdn. Bhd. membeli sebuah kenderaan RM20,000 pada tahun 2001. Kos RM20,000 direkodkan dalam Akaun Kenderaan pada tahun 2001, susut nilai kenderaan adalah 20% atas kos. Kaedah susut nilai adalah tetap bagi tahun berikutnya.

6 ) Merujuk kepada contoh kaedah perakaunan di atas, apakah konsep perakaunan yang berkaitan dengan contoh tersebut?
  1.  
Top of Form
Ketekalan.
Bottom of Form
  1.  
Top of Form
Berterusan.
Bottom of Form
  1.  
Top of Form
Tempoh perakaunan.
Bottom of Form
  1.  
Top of Form
Kos bersejarah.


7 ) Antara berikut, yang manakah bukan ciri perkongsian?
  1.   ?    Didaftar dengan pendaftar perniagaan.
  2.   ?    Penubuhannya adalah rumit.
  3.   ?    Modal perkongsian adalah sederhana.
  4.   ?    Pembentukan agak mudah.
8 ) Syarikat awam berhad mendapat modal melalui...
  1.   ?    pinjaman dari bank perdagangan.
  2.   ?    simpanan dan pinjaman pemilik.
  3.   ?    subsidi daripada kerajaan.
  4.   ?    terbitan dan penjualan saham kepada orang awam.


9 ) Pada abad ke-14, Luca Pacioli telah mencipta satu sistem menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik. Apakah nama sistem tersebut?
  1.   ?    Perakaunan kos.
  2.   ?    Sistem catatan bergu.
  3.   ?    Simpan kira.
  4.   ?    Sistem perakaunan entiti berasingan.


10 ) Cara yang sama dan konsisten digunakan untuk mengendalikan kerja-kerja merekod dan pemprosesan data. Amalan ini adalah berasaskan...
  1.   ?    prinsip catatan bergu.
  2.   ?    prinsip pemadanan.
  3.   ?    prinsip materialiti.
  4.   ?    prinsip ketekalan.







Contoh 1

Kedai Buku Wawasan mula beroperasi pada 1 Januari 2006 dengan modal tunai di bank RM 25 000.Maklumat perancangan perniagaannya bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2006 adalah seperti berikut:

i)                    Anggaran jualan tunai:


RM
Januari
10 500
Februari
14 000
Mac
18 000

ii)                   Anggaran belian tunai:


RM
Januari
6 000
Februari
8 000
Mac
7 500

iii)                 Pada bulan Februari perniagaan akan membeli lengkapan kedai bernilai       RM 2 500.
iv)                 Perniagaan menerima komisen jualan buku sebanyak RM 1 200 pada bulan Mac.
v)                  Sewa kedai untuk 6 bulan pertama berjumlah RM 2 400 akan dibayar pada awal bulan Januari.
vi)                 Belanja bulanan yang tidak berubah:


RM
Kadar bayaran
150
Gaji
450
Belanja am
100

vii)               Pada awal bulan Februari perniagaan memperoleh pinjaman bank sebanyak RM 8 000.Pinjaman dibayar balik mulai bulan Mac dengan ansuran RM 400 sebulan.

Sediakan Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2006.

Jawapan

Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2006
Butir
Jan
Feb
Mac

RM
RM
RM
Baki awal

1 400
12 200
Penerimaan



Jualan
10 500
14 000
18 000
Komisen


1 200
Pinjaman

8 000





Jumlah
10 500
23 400
31 400




Pembayaran



Belian
6 000
8 000
7 500
Lengkapan kedai

2 500

Sewa
2 400


Kadar bayaran
150
150
150
Gaji
450
450
450
Belanja am
100
100
100
Bayaran pinjaman


400




Jumlah
9 100
11 200
8 600
Baki  akhir
1 400
12 200
22 800

Soalan 2

Koperasi SMK Taman Jati telah menyediakan anggaran kewangan bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2006.Anggaran tersebut adalah seperti berikut:

i)                    Baki tunai pada 1 Jun 2006 adalah RM 3 600.
ii)                   Jualan tunai bagi bulan Jun berjumlah RM 10 000 dan dijangka akan bertambah pada tiap-tiap bulan sebanyak 10% daripada jualan bulan sebelumnya.
iii)                 Belian kredit bulan Julai berjumlah RM 6 500 dan akan dibayar pada bulan Ogos.
iv)                 Koperasi menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Pembangunan Koperasi sebanyak RM 5 000 pada bulan Julai.
v)                  Pada bulan Jun koperasi menerima 150 orang ahli baru.Bayaran masuk dikenakan RM 5 seorang.
vi)                 Belanja bulanan yang tidak berubah:


RM
Sewa
250
Kadar bayaran
120
Pelbagai belanja
180

vii)               Pada akhir bulan Ogos koperasi dijangka akan membeli sebuah mesin fotostat berharga RM 4 000.
Sediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2006.









Jawapan

Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Ogos 2006
Butir
Jun
Jul
Ogos

RM
RM
RM
Baki awal
3 600
13 800
29 250
Penerimaan



Jualan
10 000
11 000
12 100
Bantuan kewangan

5 000

Bayaran masuk
750






Jumlah
14 350
29 800
41 350




Pembayaran



Pemiutang


6 500
Sewa
250
250
250
Kadar bayaran
120
120
120
Pelbagai belanja
180
180
180
Mesin fotostat


4 000




Jumlah
550
550
11 050




Baki akhir
13 800
29 250
30 300